Soalan Lazim

Antara soalan lazim bakal pelanggan dan pelanggan :

1) Bolehkan anda mengambil gambar perkahwinan kami sehingga tamat majlis?
 
Sudah pasti kami akan mengambil gambar dari mula sehingga akhir.Biasanya,majlis perkahwinan hanya mengambil masa dari jam 10 pagi sehingga 4 petang.Kami akan tetap berada di sana sehingga tamat majlis perkahwinan tersebut.

2) Mengapakah terdapat perbezaan harga yang ditetapkan oleh jurugambar? Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan harga tersebut?
 
Seperti juga bidang pekerjaan yang lain, pengetahuan dan pengalaman kerja adalah satu faktor yang menentukan tinggi atau rendah pendapatan yang layak dimiliki oleh seseorang itu. Begitu juga dengan jurugambar. Seseorang jurugambar yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang fotografi akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding jurugambar lain yang baru menceburi bidang fotografi. Selain dari itu, faktor kualiti peralatan yang digunakan, kualiti produk dan perkhidmatan tambahan juga menyumbang kepada perbezaan harga di antara jurugambar. Walau bagaimana pun, dari apa yang dinyatakan ini, mungkin perkara yang sebaliknya berlaku.Perbezaan yang paling ketara dapat dilihat adalah jenis album yang digunakan.Terdapat 3 jenis album yang berbeza yang membezakan harga tersebut.

3) Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyiapkan semua gambar majlis perkahwinan?
 
Ianya kadangkala bergantung kepada tempahan yang ada.Sekiranya tiada banyak tempahan yang diperoleh,maka lebih cepat siap.Tempoh masa yang diambil biasanya sekitar 5-7 hari bekerja sahaja.Bergantung pada waktu yang telah dibincangkan dan diberitahu kepada pelanggan.


4) Saya ingin mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan saya. Adakah jurugambar yang dicadangkan oleh Mak Andam boleh memberikan hasil gambar yang baik?
 
Mak Andam hanya bertindak sebagai ejen kepada jurugambar. Pastikan jurugambar yang dicadangkan oleh Mak Andam benar-benar mahir dan menepati citarasa anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketahui latarbelakang jurugambar dan lihat contoh gambar beliau.Biasanya,mak andam akan memberikan contoh gambar-gambar yang telah diambil oleh jurufoto tersebut.Aristudio juga selalu dipanggil oleh mak andam untuk tujuan photoshoot perkahwinan.Atau sebaiknya, hubungi terus jurugambar tersebut dan berbincang sendiri dengan beliau supaya tidak berlaku salah faham tentang apa yang sebenarnya yang bakal anda perolehi dari wang yang anda belanjakan.

5) Bagaimanakah cara untuk membayar wang tempahan?
 
Aristudio akan mengambil deposit bayaran sebagai tanda setuju pelanggan mengambil perkhidmatan kami.Baki selebihnya akan dibank in oleh pelanggan ke dalam akaun Aristudio yang telah disediakan di Cara Bayaran.Sebarang pertanyaan,boleh terus dikemukakan dengan menelefon kami.

6) Mengapakah jurugambar meminta wang deposit yang tinggi iaitu sebanyak 50% dari keseluruhan harga pakej untuk menempah perkhidmatan mereka?
 
Tempahan untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan sebenarnya adalah tempahan ke atas tarikh. Apabila anda telah menempah tarikh yang tertentu untuk sesuatu perkhidmatan, seseorang jurugambar hanya boleh melaksanakan tugasan untuk anda sahaja pada tarikh dan masa yang ditempah. Sebarang tugasan lain pada tarikh dan masa yang sama akan ditolak. Namum, bayaran deposit kurang dari 50% boleh dirunding di pihak kami.Selain itu,duit deposit tersebut akan digunakan untuk tujuan pembikinan album dan sebagainya.

7) Saya ingin mengadakan majlis perkahwinan saya secara ringkas sahaja. Apakah pakej jurugambar yang paling murah yang boleh anda tawarkan?
 
Kami boleh memberikan pakej jurugambar mengikut kemampuan anda selain dari pakej biasa yang kami tawarkan. Hubungi kami dan nyatakan maklumat majlis anda dan kami akan cuba memberikan harga yang terbaik dengan mengeluarkan beberapa item yang tidak diperlukan oleh anda.

8) Apakah khidmat nasihat yang saudara boleh berikan mengenai persiapan majlis perkahwinan saya, terutamaya dari segi fotografi?
 
Untuk sesebuah majlis perkahwinan yang ingin diadakan secara besar-besaran, amatlah perlu khidmat nasihat mengenai keperluan teknikal diperolehi. Beberapa perjumpaan boleh diaturkan bagi membincangkan jenis perkhidmatan yang diperlukan, jenis pakej, jumlah krew, taklimat aturcara majlis, jadual kerja persediaan, perkara penting yang ingin dirakam, perbincangan harga dan sebagainya.

9) Apakah jenis peralatan yang saudara gunakan untuk merakam gambar majlis perkahwinan saya?
 
Untuk perkhidmatan fotografi, kami menggunakan sistem kamera DSLR EOS Canon 60D sepenuhnya lengkap dengan aksesori dan peralatan pencahayaan. Peralatan yang digunakan juga adalah dari jenis yang boleh dikendalikan dengan cepat dan mudah. Ini bagi memastikan kami mampu melakukan pengambaran majlis perkahwinan anda dengan lebih cekap dan praktikal. Namun disebalik peralatan yang canggih dan moden, kepakaran jurugambar jugalah akhirnya yang akan menentukan kualiti sesuatu gambar yang dihasilkan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes